Sabtu, 5 Disember 2015

Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati..

Salam..
Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati..Ayat kali ini tidak menahan pedihnya kalau ada sahabat yang membacanya heee..Saat ini sedih juga sebab aku tak dapat nak pergi ke rumah jiran depan deret lorong pertama taman perumahan kami kerana..

Ikutkan aku nak pergi bersama suami tapi suami masih ada kerja kuala lumpur ingat dapat kejar masa tapi dia kena hantar pasport ke tempat lain pula..Aku nak pergi tapi suami tak bagi nak juga pergi sama dengan aku tak benarkan aku pi sorang macam mana?

Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati.Ya. Ada anak. Mestilah bila anak kita besar nanti kita juga akan lalui perkara yang sama macam tuan rumah lalaui juga jemputan majlis anak nak kawin. Tapi aku tak ada pilihan duduk sahaja rumah. Suami tak ada cakap apa-apa. Kalau dia benarkan pun mestikah aku pergi dukung baby bawa anak sulong tu..nanti orang tanya suami mana aik....apa nak jawab...

Keadaan gigi aku bertampal sebulan lalu masih sakit..bila nak jumpa doktor untuk buang tampal itu dan cabut. Sudah dua malam aku mengerang sakit..tadi telan ubat penadol tu mampu berani. Bahu urat leher rasa sakit sangat.Macam mana nak pi kenduri ni sorong kereta baby anak tak selesa hua..

Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati. Ada banyak alasan kalau nak cipta tapi harap kami akan datang bila ada anak kawin lagi..nak call tak tapi mungkin kami akan jumpa tuan rumah cakap tak dapat dtg hal suami masih kerja lagi di kl ..serta mohon maaf tu perlu susurkan sekali..

Pernah alami tak?

p/s:suka pi kenduri kawin sebab lauk sedap bangat!



Tiada ulasan: