Selasa, 20 Oktober 2015

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II

Salam..

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II.. Syukur Tuhan berikan aku kekuatan untuk buat sambungan lagi.. Ini pun entri terperam sudah lebih tiga hari...




Selepas cerita bacaan hb rendah sebab kurang gula gara-gara risau makan manis amiklah rasakan diriku waktu itu puasa ramadhan di batalkan terus sebab fikir kesihatan baby dalam kandungan dan suami takut aku pengsan..  sungguh itu kali kedua ramadhan aku tak puasa. haaa.haaaa..



Kes pertama sebab sakit kepala ni sebab makan minum tak jaga suami bising tak ambil gula lebih itu mabuk semacam huhu...biasalah mom kalau terlebih makan gula risau baby dalam makin besar bila makin besar dok pikir macam mana aku nak teran nanti ada ke kudrat aku tu kuat kelak hee... 

Kes kedua pula ada baca baby kalau besar bahaya depa boleh mati dalam kandungan sebab paras gula tinggi akan beri kesan baby kat dalam huaa...kau rasa camner nak terputus tak urat leher or nyawa masa pikir itu semua..btw ia normal..

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi



Oh lupa apa menu dan tips yang aku amik sepanjang hb aku hamil ni.. ambil daging dan telur sahaja. Mengikut pengalam aku sendiri hb nak cantik korang mesti makan makanan dari sumber haiwan macam daging merah tu sebab ia cepat di serap oleh tubuh jika bandingkan kalau kita mengambil makanan yang bersumberkan sayur-sayuran.Kalau tak caya boleh buat ler heee..


Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II .. kehamilan dan sakit gigi berlubang

Part gigi berlubang semasa mengandung berapa kali aku pi klinik kerajaan. Due pergi klinik dah banyak kali tertangguh. Pertama masa pergi misi kata nama aku tak ada dalam senarai. Ok fine. Padahal dia siap bagi tarikah datang klinik gigi sekian...sekian hari jam berapa bagai...

Kemudian dia bagi date baharu kali kedua pergi doktor meeting katanya. Hari jumaat memang meeting..Sengal sungguh..Pas tu depa minta no hp aku. Katanya nanti dia  nak call kalau..kalau  temujanji ini dibatalkan secara tiba-tiba nanti. 

Kali ketiga datang meeting lagi..Depa bagi date baru aku tahan sabar.. depa dah catat no hp aku tapi tak tahu mana letak..aku datang pagi itu marah dan kesal..



Akhir  ini kali temu janji tak boleh batalkan kata misi dan doktor sebab stage sekarang ini kalau nak tampal lepas ni akan bahayakan baby dan ibu.

Aku akur.. aku pula yang tak boleh pergi klinik sebab balik kg. La ni 20.10.2015 gigi aku masih belum di tampal. mengadap jugalah sakit gigi masa berpatang..nanti aku cerita kemudian kali..tapi aku dah call klinik tu aku akan tampal insyallah pada 27.10.2015 ini huaaa...Doakan ya ;)

Pesanan untuk korang yang mampu kalau ada wang lebih pergilah sahaja klinik kerajaan kalau tak macam aku ler nunggu gomen ginilah jadinya. Apa pun jururawat itu ada mohon maaf pada aku..jadi aku ok jer kata orang marah je bukan main pastu aku dha boleh terima hee..nghe.ee.. 



Pengalaman puasa semasa hamil sungguh mencabar..
Sukar untuk aku nak gambarkan. Cuma aku sering berdoa dan berkata baby dalam perot "baby kalau nak keluar ..keluar pada hari selasa masa tu aku tak tahu pun hari selasa tu angka dia no yang cantik 7.7.2015 heee.. sebab ayah ada dekat rumah. Hari ..hari aku cakap sama baby kalau nak keluar tunggu ayah ada rumah tau!

Puasa semasa hamil bukan mudah nak makan manis pun masih berfikir berkali-kali kalau makan manis banyak mesti cepat minum air banyak-banyak. Tapi syukur tekanan darah aku normal sahaja kecuali masa nak masuk bilik bersalin itu tekanan darah aku tinggi sikit sebab dok risau nak keluarkan baby je heee..

Petua aku mudah rajin minum air selasih sebab mampu redakan panas dalam badan kita, tekanan darah kita cantik dan hb akan sentiasa normal tak naik tinggi dan mampu bersihkan darah dalam badan kita. Sykur itulah yang aku amalkan masa anak no satu dan dua


Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Apa lagi nak cerita Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II Rasa cukup sampai situ heee kalau cerita panjang sangat ada pula yang bosan heee..Mungkin saat ini aku telah kehabisan idea apa nak kongsikan kalau ada berilah mungkin aku boleh ceritakan nanti..


Tunggulah entri pengalaman dan tanda-tanda bersalin lepas ni eh...


Tiada ulasan: