Rabu, 13 Mei 2015

Mengeluarkan Khazanah Barang Kelengkapan Bayi Masa Anak Sulung

As salam..

Alhamdulillah.  Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung. Barulah hari ini rasa rajin sedikit..sedikit sahajalah haa..sebab aku keluarkan semua barang dalam lemari a.k.a barang masa anak sulung aku masih bayi. Pagi tadi aku basuh cadar, pakaian macam biasa sambil itu keluarkan bakul bayi dekat ,pakaian bayi, selimut, kasut bayi, topi bayi, bekas bedak debu bayi, anak patung, kain lampin, kain lampin moden, kelambu, tikar alas bayi, bantal bayi, tilam bayi, beg bayi, kain buaian bayi, botol susu segala barang keperluan senarai bayi cuba keluar semua dan asingkan.
 

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Masa untuk membasuh aku plan nak buat besok..kalau ikut entri 30 minggu  ini adalah masa sesuai untuk aku berbuat demikian memandangkan aku hanya ada baki dua bulan sahaja lagi. Risau buatnya baby dalam ini mahu keluar awal macam mana eh. Sungguh itu bukan kerja kitakan....
.
Hurm..
Masih aku ingat bahan bacaan ibu dan bayi dalamnyan berkata macam ini "baby kalau dia cukup 7 bulan kalau dia keluar dari rahim atau perut ibunya jika di beri layanan istimewa maksud beri kehidupan baik insyallah bayi ini akan sihat hendaknya sebab salah satunya dia sudah boleh mampu buang air kecil dengan sendiri" apa lagi kalau "bayi usianya kandungan 38 minggu "dalam sebuah majalah pa & ma katanya jika bayi lahirkan dalam waktu tersebut bayi boleh bernafas dengan baik peluang hidup memang amat tinggi.

Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung..
Besok sesi ini akan mula pada waktu pagi macam hari ini jugalah heee..Masa aku sibuk keluarkan barang asas keperluan bayi dalam almari kain itu pelbagai kenangan manis pertama kali bergelar ibu dapat aku imbas  satu persatu. 
 
 

Yang best bila tengok sepasang kasut biru comel dalam sebuah kotak. Tersentuh hati masa itu teringat dia baru berusia enam bulan haa..kasut dia asyik hilang jer sebab time tu dia tengah giat menggigit kasut..apa ada dekat dia semua nak gigit masuk mulut.tak ada kasut jari kaki pun jadi jugalah.. Kasut tinggal sebelah jer..kasut yang lain ada juga tapi sebahagian hilang kala yang ada ini kira kasut selamatlah. Comel bila tengok beberapa pasang kasut bayi..

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Bila lihat anak membesar depan mata enam tahun kini bisa mengalirkan air mata. Malam tadi pergi makan mee rebus ramli eh tengok seluar yang dia pakai dah mula ketara sentangnya yang amat. hu...hu...



Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung..Moga keesoknya Allah memberikan aku kekuatan untuk melakukan kerja ini hendaknya.Insyallah.

Tiada ulasan: