Isnin, 17 Februari 2014

Isnin Yang Biru

Salam...

Isnin Yang Biru Hari penat sebab terlalu rajin lepas makan bersama anak masak suhun boleh lagi siang ikan, kisar cili, masak tempoyak dan buat laksa. 

Kerja lepas ni nak mandi, solat zohor dan lipat baju. Blog aku dah set tadi entri. Petang sikit nak gosong baju untuk stok seminggu untuk suami untuk anak dan3 pasang jubah dan tudung labuh untuk diri sendiri.

Erk.
kraftangan dan gebau baby tak siap lagi, buat kad ucapan masih tertangguh lagi...

Ada ker kerja suri rumah itu mudah. Ya mudah tapi korang wajib kejar masa buat itu ini. Belum kira nak memasak, basuh baju, kemas rumah, sapu sampah, siram pokok bunga, update blog 4 biji, cek item barang yang orang oder letih ho..ho..



Itulah sebahagian kerja yang aku lalui sepanjang setahun lebih menjadi suri rumah. Masa mula-mula kawin lagu ni jugalah cuma beza dulu mana ada anak, kerja nak uruskan sedikit berbanding sekarang ada ada makin banyak task dan tanggungjawab harus di lakukan.


Aku mesti nak rest yalah..malam tadi tidur kurang lena mata sembab keh, keh, keh..

Pernahkan anda menjadi suri rumah dalam masa satu ke dua hari tak kisah anda ni lelaki atau perempuan?

Tiada ulasan: