Jumaat, 20 September 2013

Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku. 

Punyalah semangat berkobar-kobar nak buat entri sekali hamik ko "Internet Server Error". Sambil tidak puas hati mencuba buka window satu satu lagi untuk terjun ke laman ini namun semuanya gagal. Jadi Suri melepaskan gian di sana.

Jika anda peminat, penggumpul cerita-cerita islam masa inilah yang terbaik untuk Suri kongsikan dua buku hasil tulisan dari Khairy Tajudin  terbitan dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Apa yang menariknya setiap isi di dalam buku ini mempunyai dua buah siri tauladan yang berbeza. Yang menceritakan kisah-kisah para Nabi dahulu mempertahankan agama, berjuang maruah, wang, keluarga kerana islam semata-mata. Sebahagian kisah yang terbaik adalah Safwan Bin Umayyah R.A,  Urwah Bin Mas'ud R.A dan banyak lagi.

Dan satu lagi buku ini pula mengandungi dua puluh buah Kisah -Kisah Pelik dan ajaib serta bantuan ghaib daripada Allah SWT kepada para Sahabat Nabi SAW. Pembaca akan menemui di dalamnya seperti kisah Jenazah Yang Di Mandikan Oleh Malaikat, Periuk Yang Berzikir, Jenazah Yang Tidak Reput, Cahaya Dari Kubur, Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang dan sebagainya.



Kisah di dalam buku ini di pelbagaikan bagi mendidik anak-anak mahupun golongan dewasa berfikir akan kehadiran Maha Esa itu wujud. Malahan ia juga mampu membenamkan dalam diri dan jiwa anak-anak kecil supaya takutkan Allah melebih dari segalanya dan sekaligus menakluk pembaca untuk mengenali dan sayang akan Nabi-Nabi kita.

Bacaan yang dapat saya simpulkan di sini sungguh santai. Bahasa yang amat mudah di fahami di sampaing harganya juga berpatutan. Penggolahan jalan cerita yang baik memudahkan ibu bapa bercerita sebelum menidurkan anak. Tahukah anda inilah buku-buku ilmiah islam yang yang sebenarnya molek di jadikan sebahagian koleksi perpustakaan mini di rumah anda. Yang terbaik adalah jika anda hadiahkan ia untuk anak-anak supaya minat mereka membaca terus subur dalam diri masing-masing.

Dapatkan dan selamat membaca :) Jika berminat sila pm saya

Tiada ulasan: