Rabu, 10 April 2013

Hydrangea

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pokok bunga tiga bulan atau nama yang sering dikenali dengan hydrangea ini adalah berasal dari Jepun. Antara nama-nama lain yang popular seperti Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Menariknya pokok bunga ini sering di taman dikebanyakakan negara dunia dalam pelbagai iklim.
Ha.. satu lagi jangan pula anda tidak tahu di Malaysia pokok bunga hydrangea di kenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
Pokok bunga tiga bulan ini mempunyai paras yang agak renek serta memiliki jenis daun yang luruh. Biasanya akan tumbuh setinggi 1-3 m. Daunnya pula berlawanan, ovoid-tirus ringkas, 7-20 cm panjang, dengan tepinya bergigi berbentuk kasar.
Tahukah kawan-kawan setiap bunga yang dikeluarkan sebenarnya menpunyai kadar kandungan yang berbeza bagi setiap nilai PH tanahnya. Misalanya bunga berwarna putih atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda ia sebenarnya boleh mempangaruhi paras pH tanah menjadikan bertukar warna yang berbeza dari julat warna yang asal.

Sekiranya dalam tanah tersebut mempunyai lebih asid ia akan mengeluarkan bunganya seakan berwarna biru-kebiruan. Manakala jika tanahnya mengandungi paras alkali tinggi ia akan mula menghasilkan bunga berwarna merah muda.

Sepatutnya entri ini di medan ini tapi blog pula ada masalah huhuhu..

Tiada ulasan: