Isnin, 29 April 2013

Buat Baju Kurung Sendiri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Lepas habis sekolah terus tidak tahu apa itu kerja perempuan. Yang Suri tahu mesti pandai bab masak-memasak, mengemas, menghias, menyulam, mengait dan sebagainya antara yang perlu ada pada seorang gadis sebelum berumahtangga.

Padahal waktu itu tidak terlintas ingin belajar menjahit baju kurung sedangkan mak sudah mulai bising seperti ketukan burung tukang kalau kau tak tahu menjahit asas sekalipun buat malu mak jer. Asal lepas buat baju kurung untuk anak-anak jadilah.



Puas jugalah terkedek-kedek ikut kelas jahitan itupun main-main sahaja. Sekarang tidak lagi dengan adanya kaedah cara-cara memotong pola baju sehinggalah ke teknik kemasan terakhir kita bukan sahaja tambah ilmu + tambah kemahiran= tapi saya juga berjaya menambah pendapatan keluarga

kain kapas

Tahun lepas saya memilih kain kapas bentuk kartun untuk anak yang tersayang. Jadinya kali ini saya inginkan dia tampil lebih meriah dengan corak kapas ala-ala gula -gula gitu. Yang terbaik bentuk love-love hitam itu ala polkdot memang menikan sukmaku. Cup kek ada heee murah-murah sebab jualan Kamdar masih berlangsung lagi. Ingin tambahkan pendapatan sampingan ataupun mengambil upah dari adik beradik mahupun jiran tertangga bila-bila masa pun boleh yang penting kita mesti berani mencuba!

pstt..kelmarin dengar gosip-gosip panas kat Kamdar katanya ramai tukang jahit menolak tempahan membuat baju kurung hari raya rasa sebab tak cukup tangan katanya!

Tiada ulasan: