Sabtu, 23 Mac 2013

Resepi Kueh Tiew Goreng cahayacinta.com

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Oh, Yes!!! nd..Yes!! sabaujelah :(

Belog aku meragam sekali lagi dan lagi... Maka seperti biasa aku lepak kat sini. Jom layan al kisah anak dan ibu di suatu malem..

..Anak teriak dari ruang tamu katanya "ibu umairah laparlah" Ibu pun melihat jam di sudut penjuru laptop.. aik sekarang sudah jam 11.30 malamlah sayang, huhuhu.. Ibu merasakan si anak bergurau senda seperti kekasih yang baru berkenalan selama dua minggu..

Ibu tetap leka kerana snagkaan mungkin anak itu melihat televisyen maka apa yang dilihatnya akan di stru lapar..

Dia datang kali ini membawa sebiji telur dan masuk ke dalam bilik ibunya. Ibu Umairah lapar boleh tak ibu gorengkan telur satu bijik untuk ayong pastu letak kicap sekali.kalau tak kicap dia akan oder keuh tiew!
Permintaan anak di langsungkan juga..


Bahan-bahannya:
  1. Kueh Tiew
  2. Cili Kisar
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Sos tomato
  6. Sos tiram
  7. Sos kicap manis & kicap
  8. Tepung jagung + Air (bancuhan kuah)
  9. Sebiji telur
  10. Tauge
  11. Kerang rebus
  12. Sayur sawi
  13. Fish ball- tambahan
  14. Cili potong

Cara-caranya:-
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili kisar, selepas itu masukkan bawang merah, bawang putih sehingga garing.

Ikuti bahan sos tiram, sos tomato, sos kicap, kicap manis dan sawi. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.
Masukkan sedikit air dan bancuhkan tepung jagung bagi tujuan untuk memekatkan kuah kueh tiew.
Pecahkan sebiji telur biarkan seketika. Kemudian balikkan kueh tiew beberapa kali dan masukkan taugeh dan juga kerang. Sedia untuk dihidang.   

Sos cili- Selalu suami minta cili tu di potong-potong nd letak kicap. ;) Selamat Mencuba >_<

Tiada ulasan: