Khamis, 6 Oktober 2011

Yong Tau Foo

Erk betul ke salah ejaan Suri tu?

Wah punyalah lama menunggu nak makan benda alah ini abur malam tadi dapat. Itu pun bersebab erm..suami balik petang semalam dapat gak membelasah yong taufu sampi kekeyangan bersamaan dengan air neslo ais heee..

Syukur nikmat sungguh menikmatinya heee..

Kali ini certa pasal makan jer, kuah pedas tapi boleh ar tahan dari tak dapat makan langsung payah gak hee..

Mari buat Yong Tau Foo sendiri...

YONG TAU FOO


Bahan-bahan untu sos :
  • 10 tangkai cili kering - dibuang biji
  • 1 sb minyak masak
  • 25g kurosato / gula melaka
  • 1/2 sk gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb oyster sauce (E-na tambah)
  • 1/2 sk cuka (E-na tambah)
  • 450ml air
  • 2 cm belacan (E-na letak, xde stok)
  • 1 1/2 sb tepung jagung dibancuh dgn 50ml air (tepung gandum boleh juga)
  • 1/2 sb bijan goreng
  • Ajinomoto ( optional )

Cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
  2. Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
  3. Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
  4. Di dalam periuk, didihkan air bersama kurosato/ gula melaka.
  5. Masukkan cili yang telah di campur air tadi, belacan, cuka, oyster, gula, garam dan ajinomoto.
  6. Biarkan mendidih supaya cili kering masak.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Rasakan seimbang pedas, manis dan masin.
  9. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan :
  • chikuwa
  • kani
  • fishball
  • fish cake
  • gobo
  • yasai
  • kangkung
  • capsicum
Resepi ini di ambil dari blog: http://e-nalovelykitchen.blogspot.com. Insyallah cuti ini boleh buat dan tepek kat blog hee...

3 ulasan:

MR.Z berkata...

menarik juga resepi ni. tapi banyak juga la tak tahu.. chikuwa?
kani?hehe

akubiomed berkata...

Semasa di kolej rajin juga beli di pasar malam hari Rabu.

suri berkata...

hee mkn ramai2 mmg sedap bro ;)