Rabu, 19 Oktober 2011

Fokus Buat Balik Fail Yang Hilang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Pagi perut rasa lapar makanan di abaikan dahulu. Mujur malam tadi sempat publish satu entri untuk esokknya huhu. Malam tadi mata tidak boleh tidur dengan lena akibat rasa sakit gigi yang semakin berdenyut-denyut. Mulai malam semalam dan pagi tadi sakitnya amat terasa. Yang peliknya kerja-kerja pertukangan si ulat gigi mungkin rancak melakukan kerja part time untuk mencari duit lebih menyara anak bini mereka huhu..

Sudah di kumur listeri tidak berkesan juga, jam seterusnya kumur dengan air garam. Allah..sambil bersandar di sofa, kepala mendogak diatas bagaikan kepalaku ligat cam kipas bilakah kesudahan akan berakhir kata hati...

Selesai kerja mencuci a.k.a berkumur-kumur Suri pun terus tidur. Erk rasa denyut juga ah, makin dilayan menjadi-jadi tapi tutup mata buat tak reti.

Pagi bangun rasa tak puas tidur, apa pun mata yang celik segera bersiap segala yang patut untuk ke pajabat. Sah fail-failnya tidak dapat di selamatkan huhu. Semalam sesi permulaan warm up dilakukan dengan menaip semula dokumen2 yang hilang....

Terima kasih Mr Z, Mr Tehr, Mr Nizam yang lain-lain dalam memberikan tips berguna untuk menjejak fail-fail Suri. Jasa kalian amat Suri hargai.

4 ulasan:

Mus berkata...

Redha atas ujian yang menimpa..
pasti kita akan lebih beringat pada masa depan..

cahaya berkata...

haa.bgtulah bila bos backup bt separuh fail jer..tu pun fail2 yg lama huuu..

akubiomed berkata...

Hmm..tentu meletihkan untuk menaip semula dokumen yang telah hilang

cahaya berkata...

akubiomed
begitulah kisahnya bro.. nmpk mudha tapi mkn masa huhu..

saya pagi2 dah bukak pc buat mana nak di dulukan..yg lamat hold dlu.