Rabu, 19 Oktober 2011

Selagi Terdaya Buat Mana Yang Termampu

Hai!!

Nak marah tidak berguna. Nak meraung nanti kata orang tidak malu ..

Petang semalam lewat keluar pejabat, Suami pula sibuk dengan urusan pasport pekerja asing di Imgresen. Terduduk di tangga batu Maybank Investment terkenagkan nasib dugaan apa yang kian terjadi.

Satu persatu Suri sulam sambil muhasabah diri mungkin sebelum ini Suri ada buat kesilapan pada orang lain, atau kesilapan diri sendiri yang menyebabkan Suri terlepas pandang maka ini kemungkinan Tuhan bagi ujian seperti ini pada Suri huhu..


Jauh Suri termenung petang itu, berselawat, beristifar salahkan diri sebab cuai dengan kerja-kerja pejabat. Dan Suri yakin apa yang berlaku ada hikmahnya cuma mata Suri jer yang tidak nampak akan manfaat itu.

Jam 6.35 petang Suri mula tersentak, hirupan air tin nescafe bos belanja petang itu buat Suri tersenyum. Suri keluarkan hp buruk dan send sms kat Mr Jim Thnks for nescafe.. dan berlalu melangkah ke perut kereta suami..

3 ulasan:

akubiomed berkata...

Manusia bukannya maksum jadi tidak lari dari membuat kesilapan

cahaya berkata...

ya benar tu bro rasa itulah yg saya sllu rendah diri..terima ksh bro sb sudi dtg dan luangkan masa jguk blogspot saya.

terima kasih ya bro

tehr berkata...

buat mana yang termampu
apa2 kesulitan, tak usah meraung nak hempas2 diri
semuanya ada hikmatnya