Selasa, 12 Julai 2011

Jom Lompat Tali

Pengenalan

Jean Barknow seorang wanita Amerika yang pertama telah memperkenalkan aktiviti lompat tali untuk jantung pada tahun 1978 secara besar-besaran melibatkan semua umur dan pada tahun 1981 Paul Smith seorang pakar fisiologi sukan mengesahkan melalui kajian beliau bahawa aktiviti lompat tali untuk jantung yang baik dan mampu membakar lemak dan meningkatkan sistem kardiovaskular dengan lebih bekesan jika dibandingkan dengan aktiviti aerobik yang lain.

Kini aktiviti lompat tali diterima luas oleh masyarakat Eropah
dan merupakan aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak muda mereka.

Keperluan Asas Lompat Tali

1.Tali Skipping
2. Pakaian dan Kasut Sukan Yang Selesa
3. Tempat Yang Sesuai

Permulaan Melompat Tali

-Untuk permulaan, ayunkan tali dan pusing tali di sisi anda. Jika anda sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusing telah mencecah lantai. Jangan melompat terlalu tinggi (˜30cm). Bagi menguatkan otot kaki, anda harus selalu melompat dengan menjengketkan kedua belah kaki dan melompat setempat

-Lakukan sehingga mahir. Jadikan ia menarik dengan mempelbagaikan cara lompatan, menambah muzik dan bermain dengan keluarga dan rakan-rakan.Cara Lompat Tali Yang Betul dan Berkesan

Memanaskan badan—Lakukan senaman ringan untuk memanaskan badan diikuti dengan regangan bagi melonggarkan otot-otot

-Panjang tali skipping—Pastikan sukatan tali skipping sesuai dengan ketinggian anda. Pegang kedua-dua belah hujung tali dan pastikan ia berada di bawah ketiak anda. Jika terlalu panjang simpulkan tali tersebut

Cara memegang tali skipping— rapatkan siku ke badan dengan tapak tangan terletak sedikit ke bawah pinggang lebih kurang 20-25cm dari badan

Laman Web Sihat Cergas Ceria

9 ulasan:

Encik Anif berkata...

Macam mudah nak buat tapi agak susah juga bagi yang dah berumur ni :D

akubiomed berkata...

Sudah lama tidak lompat skipping. bagus juga mudah ini

ohcikgu berkata...

masih buat sehingga hari ini. Tapi memang best kalau dah biasa.

Norasikin berkata...

Dullu boleh la buat ratus-ratus. Skrg ni nak buat 50 pun rasa nak tercabut jantung. Kena mula slow-slow semula ni

maza berkata...

Oh! maza sudah lupa mcm mau lompat2 skipping. uhukk

Unknown berkata...

yas x leh dh lompat2...kene lak nk guna tali skipping tu...lutut suda out maaa...huhuhu

tehr berkata...

perut dah boroi
macam mana nak lompat ni, suri
haha

Mus berkata...

sekarang ni.. 2-3 kali lompat dah pancit..

bEe berkata...

Ni leh kuruskan badan neh suri ;)